Friday, May 02, 2008

Popular? Sombong? Tak Kuasa Aku!

Saya popular? Terkenal? Saya tak perasan pun!

Perlu saya ingatkan di sini, saya cuma penulis kecil, penulis picisan. Saya bukan sesiapa. Saya tak pernah merasakan diri saya popular, ramai peminat, selebriti. Sejak menulis beberapa tahun dulu, saya tidak pernah merasa diri saya gah. Saya masih keluar rumah dengan hanya bercapal buruk yang sudah haus tapaknya, dengan t-shirt dan jeans lusuh, juga tudung yang sudah ada lubang dihujungnya. Saya sempoi! Siapalah saya….

Saya masih macam dulu-dulu, tak berubah. Saya masih ada sahabat-sahabat yang saya sayang yang sejak dulu sama-sama berkongsi suka duka. Juga sahabat-sahabat maya yang masih sentiasa berbicara dengan saya, macam dulu-dulu. Saya bukan ‘somebody’ ok. Sesiapa pun masih saya layan sama macam dulu.

Kalau ada yang meletakkan saya pada satu tingkat yang lain, atau merasakan saya sendiri yang meletakkan diri pada tingkat itu, kamu silap. Saya sama macam kamu. Manusia. Hamba-hamba yang sama rata di sisi Tuhan!

Saya masih melayan sesiapa saja asalkan jangan berlagak poyo, suka mencari populariti, dan menghimpit-himpit (terutama pada penulis yang sedang meningkat naik). Kadang-kadang kita merasakan diri kita bagus sangat. Cuba kita renungkan kembali, adakah ramai yang suka melayan kita apabila kita menempelkan diri di sebarang laman siber? Mula-mula kehadiran kita dialu-alukan, dilayan sama seperti pelayar lain. Emel-emel kita pula sentiasa berbalas. Tapi adakah kita sedar lama-kelamaan tiada sesiapa lagi yang membalas kata-kata kita. Segala yang kita lontarkan terbiar sepi tak berjawab. Ada? Kalau ada, itu perkembangan yang sangat tidak sihat. Kajilah diri kenapa perkara itu boleh berlaku. Bermuhasabahlah.

Blog ini bersifat peribadi, dan saya bebas melontar apa-apa dengan sebarang nada. Membina blog lain untuk tujuan promosi dengan ‘topeng’ yang melindung diri sebenar, saya pasti ianya akan terbiar sepi dan kosong. Dan saya belum serasi dengan cara itu. Tapi pada masa akan datang tak tahulah. Yang satu ini pun saya sangat liat memasukkan entri baru….Cuma, kalau ada sesiapa yang berasa blog ini tidak sesuai dikunjungi, terserah. Saya tidak pernah memaksa.

Saya perhatikan penulis-penulis tersohor pun rajin melontarkan luahan mereka dengan pelbagai nada; marah, geram, sedih, terkilan di dalam blog mereka tanpa ‘topeng’. Itu penulis tersohor, inikan pula penulis picisan macam saya….

Inilah saya yang ‘jahat’, yang ‘nakal’, yang ‘kejam’.

Saya tidak boleh ditegur? Boleh. Tapi saya perlu tengok siapa orangnya dan bagaimana caranya. Kalau yang berlagak poyo, macam ibu ketam, atau si peracau, saya cuma mampu mengucapkan jutaan terima kasih atas teguran kamu. Maaf, teguran itu tidak meresap langsung dalam hati saya.

Sebelum terlupa, saya ingin menunjuk-nunjuk dan riak bahawasanya saya seorang yang masih duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan insan-insan lain. Saya masih melayan adik-adik berborak, beremel, yang nak jadi penulis, yang saja suka-suka nak berborak, kalau ada masa terluang. Kan Sara? Kan Amira? Kan Aini? Kan Nana? Kan Jiya? Kan? Kan? Kan? Perlu diingatkan, mereka bukanlah peminat tegar saya. Ada yang tak pernah baca pun novel saya (yang saya sebutkan ini rata-rata membaca novel saya). Saya ada peminat ke?

Hari ini ada satu puisi telah saya terima. Nukilan seorang pelajar yang masih belum yakin untuk menuliskan karyanya (walaupun karyanya dalam senarai memang boleh tahan). Duri Penawar tajuknya, karya Siddiq Osman.

Teruskan, dik. Jangan malu dan segan. Gunalah segala medium dan peluang yang terbentang luas di depan kamu. Chaiyok!

Ah, entri ini berjela-jela pula. Nampaknya penyakit racau telah menulari saya juga. Huhu.

14 comments:

Abang Long said...

Benar katamu itu wahai Adinda Sifu Gadis Pingitan Yang Amat Pemalu. Kanda kagum dengan sikap mu itu.

Namun, dinda bukanlah penulis picisan, cuma yang pasti, kanda adalah penganggur picisan.

khairyn said...

salam Ainin
woah! Aku sangat faham dengan situasimu itu. Perlu diingat ini pun namanya blog peribadi maka cetusan rasa atau lontaran kata adalah bersifat peribadi penulisnya.

Kita pun bukan mahu semua orang bersetuju dengan pendapat kita kan?

aku pun tak pandai bertopeng walaupun aku seorang wanita yang sangat sangat hipokrit. ironic? well... hahaha

syimasyawal said...

salam Ainin...

lantak ler ko nak cakap apa heheheeh blog ko kan... kalau ad ayan gterasa mesti dia makan cili, kalau tak dia makan lauk lemak putih jek tu... so pepandai mereka ler..... tapi akak tetap sedor diri hehehehehe sok lusa entah orang suka ke tidak ada siapa yang tahu....

Nina said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam k.ainin

betul tu kak..
tapi karya akk memang dah cukup mantap.

dan memang betul ape yg sara tulis tu..

chaiyok!tabah kan hati yer..

alias derais said...

wei apasal ko garang sangat ni. apa virus yg meresap masuk kat badan ko tu. jgnlah merendah diri atau rasa rendah diri walaupun ko taklah tinggi sangat. rasa aku la, selagi karya ko tu bermatlamatkan atau bernawaitukan sesuatu yang luhur murni sifatnya, penulis picisan tu bukan gelaran utk ko lah. aku pun tanak jadi penulis picisan, walaupun karya aku utk budak2 je. yg penting, selain nak cari rezeki halal, apa lagi sebab ko menulis. didiklah dan bimbinglah khalayak pembaca ko tu. nescaya ko scara sendiri melangkah setapak lebih jauh. kalau menulis sekadar nak dapat populariti, tak payahlah. nanti diri sendiri yg sakit jiwa. masyarakat di malaysiani bukannya masyarakar pembaca sangat pun. aku rasa dah terpanjang pulak komenku kali ini. tapi best jugak n3 ko ni. okei cau.

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,

Lama tak ziarah Dik Nin, ...maklumlah Dik Nin sentiasa sibuk. Eh, picisan tu apa? Aku sangka akhbar je yang ada picisan. Janganlah sampai gelar diri sendiri sebagai picisan, dik seniorku. ..tapi bab pakaian tu, memang Dik Nin sempoi.

Pertemuan penulis PTS nanti pergi tak? Ah, usah ditanya penulis yang semakin sibuk ini!

Anonymous said...

salam AN :)

tak salah kita merendahkan diri tapi janganlah keterlaluan dek hanya kerana mereka2 yang tidak seiye sekata dengan pendapat @ pendirian kita.

blog ini kita punya. rasa kita. luahan kita. cerita kita. kalau suka.. baca...tak suka.. selak jer.

take it or leave it.. hehehe betul ke ayatku ini?

tak balik kampung ke cuti panjang ni?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kanda Long yang Lemah Longlai,
Terima kasih. Siapalah saya ni. Cuma saya tak suka kalau ada orang yang kata saya dah popular dan kerana itu saya layan dia dengan cara yang tak wajar. Padahal saya malas melayan dia kerana dia suka menunjukkan kebagusan dirinya, seolah-olah orang lain semuanya tak pandai, tak baik macam dia. Loya!



Khairyn,
Aku pun tak sangka ada juga manusia dungu lulusan U(belum habis study pun, tapi dah perasan mcm ada PhD), yang tak tahu maksud 'peribadi'.

Terima kasih kerana faham aku. Aku suka kamu.


Kak Syima,

Orang yang patut terasa tu rasanya takkan masuk blog ni lagi kak oi. Kalau berani masuk le, itu pun kalau nak kena smash cukup-cukup. Tu la lain kali jangan berlagak bagus. Kan? Kan? Kan?

Sara dan Aini,
Terima kasih kerana memberi sokongan. Adik-adik, bila jadi orang yang bijak pandai nanti, merendah dirilah ya. Jangan suka menunjukkan kepandaian dan kebagusan tanpa diminta. Takut nanti orang muak.Caaaayang adik-adik! muaaah...

Cheegu,
Betul tu. Itu yang aku pegang. Aku cuma nak cari makan. Aku angin la sebab ada yang kata aku ni seolah-olah dah popular sangat sampai layan orang dengan tak sewajarnya. Aku bukan penulis karya agung pun, cuma penulis novel skema je. Apa nak dibangga sangat kan?

Kang Mya,
Siapalah aku ni. Karya yang ada pun bukannya karya agung. hehehe. Orang yang pernah jumpa, akan fahamlah saya macam mana. Yang tak kenal tu, tayah la sibuk nak menganalisa saya ni. Nanti salah analisis, kan malu.

Kak Ayu,
Terima kasih kerana kasi sokongan, kak. Betul tu, blog ini aku yang punya.. hahahaha.

Akak sori, buku belum pos. huhu.

Amiene Rev said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

terima kasih atas nasihat yang diberikan...
cayang kak ainin juga ...
doakan sara yer ... amin ..
semoga kak ainin terus maju ke hadapan
chaiyok !! chaiyok !!

Hazira Jamal said...

Salam,Kak Ainin...
Sya kagum dgn pendirian akak.. :)
Biarlah apa orang nak kata..SAya sentiasa sokong akak! hehe :)
Hmm..setakat ni,akak lah penulis yang paling sempoi dan tak 'kerek' dan akak sudi chatting dengan budak2 yang tidak kira asal usul dan status..
Akak,saya sokong 150% bahawa blog kita adalah hak kita..Nada dan tone adalah juga hak kita di blog kepunyaan kita..
Akak,sebenarnya..akak bukan lah penulis picisan..akak adalah seorang penulis yang suka menulis tentang cerita realiti kehidupan..dan saya suka dengan cerita2 akak..(terutama nya...Dia Istimewa.. hehe..teringat Jamilah & Ipin..)itu pendapat saya..tak taulah org lain..hoho..
Apa2 pun..saya kagum & suka peribadi akak yang merendah diri & TIDAK GILA GLAMOR..teruskan menulis karya2 yang BOMBASTIC!!! huhu
GooD Luck!! Jia You!!

Salam Sayang,
Nur Hazira a.k.a JiYa ^-^

Unknown said...

Sara dan Jiya,

Terima kasih atas sokongan adik-adik. Kerana sokongan pembaca macam adik-adiklah akak terus menulis. Akak doakan adik-adik juga berjaya dalam cita-cita. Doakan akak juga ya.

Caaaaayang adik-adik! Muaaah.