Monday, June 02, 2008

Cuti-cuti.

Cuti sekolah dah masuk dua minggu. Dalam masa 2-3 minggu kami sekeluarga asyik berjalan jauh saja. Dua minggu lepas, ketika Hari Wesak, kami balik ke Kuantan. Tak ada cerita menarik di sana. Cuma rasa seronok sikit sebab dapat ke Teluk Cempedak. Memang dah lama tak ke sana. Umat manusia punyalah ramai. Maklumlah, cuti umum. Parking pun payah. Mahu tak mahu terpaksalah masuk parking berbayar. Letihlah nak pusing-pusing cari parking free yang memang sah tak ada yang kosong tu. Ingatkan boleh tengok matahari terbenam. Tapi hampeh. TC kan sebelah Pantai Timur, mana ada matahari terbenam! Ish ish … macam manalah boleh lupa.

Minggu lepas kami balik ke Temerloh pulak. Kampung pakwe tu jauh nun di hulu. Kami pun mudiklah ke hulu Sungai Pahang. Bunyinya macam naik perahu pulak kan? Tapi sebenarnya kami mudik dengan menyusur jalan di tepi Sungai Pahang tu saja. Di kanan, kami nampak Sungai Pahang. Sebelah kiri, penuh dengan belukar, hutan, ladang getah dan sesekali kawasan paya. Siapa sangka jauh di pedalaman tu masih ada kampung-kampung terpencil. Jarak antara satu kampung dengan kampung yang lain agak jauh. Ada juga rumah-rumah penduduk yang macam tak ada jiran tetangga. Mula-mula ke sini dulu, dalam hati tertanya-tanya, Eh, nak masuk hutan mana pulak ni?

Kalau masuk ke situ pada waktu malam, memang seram. Tapi kalau pergi waktu siang, hmmm... best. Terasa nyaman saja. Sunyi dan tenang. Cuma yang tak berapa best, bila sesekali lalu di kawasan kampung dan terserempak dengan mat-mat rempit sama ada yang senior atau yang junior (budak-budak naik basikal). Jalan tu macam dia yang punya! Di mana-mana pun spesis mat rempit ni memang mudah ditemui. Apalah nak jadi dengan budak-budak sekarang.

Dalam perjalanan, sempat berharap agar dapat merasa daging kancil atau makanan eksotik yang lain (ampun kepada para pencinta hidupan liar!). Juga minta-minta biarlan musim buah sudah tiba. Tapi semua yang diharapkan tak ada. Tak apa, bukan itu pun niat utama ke sana. Tapi kalau ada, bukan ke lagi best. Hahaha, selam sambil minum air kononnya.

Hujung minggu lepas, kami balik ke Sungai Besar pulak. Di kampung inilah baru best giler! Kami balik malam buat pertama kalinya. Kata pakwe, biar rasa puas sikit, sebab Ahadnya (semalam) mesti balik cepat. Oklah, tak kisah.

Esoknya kami ke pekan sehari. Dapatlah memborong kain untuk dibuat cadar, apatah lagi dapat diskaun sebab beli banyak. Geram, dan rasa nak borong semua corak. Lawa dan comel-comel corak yang ada. Sebenarnya inilah kali pertama beli kain untuk dibuat cadar. Selama ni cuma beli yang dah sedia diguna saja. Tapi pembelian itu berbaloi. Bayangkan, corak dan kualiti kain macam tu, kalau beli yang dah siap, mahu 100 ringgit lebih. Tukang jahit pun dah sedia ada dan upahnya sangat berpatutan. Maklumlah, mak cik sendiri. Hahaha (gelak setan). Kira punya kira, boleh jimat 1-2 ratus untuk 3 set cadar yang comel coraknya!

Petangnya, kami dapat tengok matahari terbenam di tepi pantai Sungai Haji Dorani. Yihaa, seronoknya! Cantik sangat. Kali ini barulah betul tempatnya. Hihi...




Esoknya kami pusing-pusing di pasar basah. Sejak pasar harian dipindahkan ke tempat baru, dah tak happening macam dulu. Peniaga pun jadi pening, sebab pelanggan tak ramai. Cuma hasil-hasil laut tetap segar macam dulu juga. Pekan kecil ni kan betul-betul di tepi laut. Jalan punya jalan, tiba-tiba mata terhenti pada satu gerai. Waah, ada jual belangkas. Hidup lagi! Sesungutnya yang keras tu dipacakkan pada polisterin. Ada dalam 5-6 ekor belangkas yang dicucukkan pada polisterin tu. Belangkas yang dijual tu kecil-kecil saja. Ada ke telurnya kalau kecil-kecil macam ni?

Oh, ya, untuk adik-adik yang tak tahu, belangkas ni boleh dimakan telurnya. Salah satu daripada makanan eksotik juga ni. Ada sesiapa yang pernah rasa? Seumur hidup saya belum pernah merasa makanan ni. Sumpah, tak pernah! Tengok rupa makhluk tu, buat saya rasa tak tergamak nak makan. hihi. Tapi lain orang lain citarasanya kan?

Alamak! Panjang meleret dah rupanya entri ni. Ada ke yang sudi baca?

Ok, tata!

Nota : Kepada insan-insan yang sudi mengucapkan selamat kepada saya sama ada melalui Frendster, YM, SMS atau di Cbox blog ni, terima kasih diucapkan. Terharu juga kerana dah tua-tua ni ada juga yang masih sudi mengwish. Terima kasih atas doa adik-adik dan sahabat-sahabatku semua.

12 comments:

BalqisBasri (^^,)v said...

Wah...panjang nya cerita Kak Ainin...banyak ya aktiviti cuti ni...

Balqis duduk kat umah je...

Kak Ainin nanti sila laa ke blog balqis...
http://balqis1995.blogspot.com/

Kalau link tu x bley tekan,Kak Ainin click nama Balqis [cutegirl_balqis]
pastu Kak Ain pilih GURL LIKE ME...

Nanty Kak Ainin jangan lupa tinggalakan jejak ye...

Terima Kasih Kak Ainin !!!!

umaq_eiman said...

ada punya...
huhuhu//
blog kita jer tader org sudi jenguk./

Anonymous said...

salam k.ainin

wah panjg nyer cerita..
emm..macam balqis cakap..kite duk umah jew..

balik sabak minggu ni..nanti nak shopping lagi kat sg.besar..macam akk..hahaha

bdk2 dlm gmbr tu..anak2 akk kew?

Nina said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

selamat menjadi tua weh! akekekeke
buku melah ko aku dah abis baca, nanti aku reviu kat blog baru aku tu ...

Unknown said...

cutegirl,
duduk kat rumah pun ok juga asalkan buat perkara yang berfaedah. tolong mak atau belajar masak pun best jugak kan?

Umaq,
alhamdulillah. Blog hang pun ramai pe yg jenguk. tp malas je nk tinggal jejak tu. hihi.

Aini,
Balik jangan tak balik. Nak shopping apa tu? eh, itu bukan anak akak la.

Sara,
Terima kasih atas ucapan dan nyanyian yang seronok itu. hehe.. malu akak.

SF,
Ok terima kasih. Aku tua yang masih remaja. wakaka

Abang Long said...

Salam hormat wahai Adinda Sifu Ainin Gadis Pingitan Yang Amat Pemalu.

Macam ceritera belangkas balik kampong cari belangkas.

Abang Long said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Korakora said...

bagusnya, cuti-cuti begini dapat ke sana ke mari dengan hati riang biarpun poket jadi ringan.

Anonymous said...

salam,

akak penah makan telur belangkas bakar zaman kanak2 dulu.. tulah sekali seumur hidup rasanya lemak2 manis masin.

ingat nak tempah cadar kat AN rupanya AN pun tempah jugek :P

MYA MARJA said...

Assalamualaikum, Dik Nin.
Semua tempat dalam entri yang ini rasanya pernah aku jejaki. Jadi, memutar semula kenangan, lebih-lebih lagi bab telur belangkas. Duduk di Sg. Besar tak kan tak pernah rasa telur belangkas, Dik Nin? Orang tua-tua kata dagingnya memang tak boleh dimakan, tapi telurnya boleh. Rasanya sedap sikit daripada telur ketam.

Unknown said...

Abg Long,
'Belangkas' yg jarang nampak belangkas.

Nazmi,
Mujurlah semuanya di kampung sendiri. kalau tak, bukan setakat nipis. kopak terus!

Kak Ayu,
Jangankan nak makan, rupa telur tu pun tak pernah tengok.

Kang Mya,
Sungguh, walaupun lahir dan besar di Sg Besar, tapi jarang jumpa belangkas. Kami ni orang bendang, jarang ke laut. Makan, memang la tak pernah. Sedap ke?