Minyak naik lagi! Ya, orang lain awal-awal lagi dah sibuk cerita fasal ni. Saya buat diam saja, dan baru sekarang nak sibuk tulis fasal ni. Sajalah, nak menyemarakkan semuala isu.
Harga barangan dah mencekik naiknya. Mujurlah hero dan heroine saya dah tak berapa kuat minum susu. Dulu dalam sebulan boleh habis empat pek susu, sekarang dua pek pun boleh tahan sebulan. Lampin pun masing-masing tak pakai dah. Satu pek lampin boleh tahan lebih dua bulan. Jimatlah sikit sebab cuma pakai waktu tidur malam. Tapi mungkin lepas ni kena tukar dengan lampin kain pulak agaknya. Nak lebih jimat. Kak Syima dalam entrinya menulis, harga satu pek lampin pakai buang dah cecah RM40 lebih. Betul ke Kak Syima? Sejak semuanya naik ni, saya memang belum belanja lagi. Jadi belum pernah garu-garu kepala waktu belek tanda harga. Mungkin dalam minggu ni saya mula garu kepala atau nak pitam masa tengok harga barang.
Masuk bab makan angin pulak, kami sekeluarga memang bukan 'kaki jalan'. Rasanya kami memang tak pernah ke mana-mana untuk tujuan percutian. Percutian kami cuma terhad di kampung. Ya, cuti-cuti balik kampung. Rondalah ke segenap pelusuk kampung melawat saudara-mara. Cuma itulah destinasi percutian kami. Jadi kami taklah menggelisah kalau tak dapat makan angin ke mana-mana. Hero dan heroin pun belum kenal lagi erti 'cuti-cuti Malaysia'. Pendak kata kereta kami jarang bergerak jauh-jauh. Pakwe saya pergi kerja pun naik LRT. Kalau jalan-jalan di tengah KL pun kami lebih senang naik LRT juga. Alah, tambang LRT pun naik juga. Tapi mujurlah kami cuma keluar hujung minggu. Kereta cuma bergerak untuk ke kawasan yang tak ada LRT saja. Alhamdulillah, kat situ dah jimat.

Cuma dari segi makanlah, memang macam nak buat catuan. Saya katakan pada Pakwe, lepas ni kita belajar makan tempe dan tahu saja sebab murah tapi kaya protien. hahaha, kelat jer muka dia. Bab makan ni memang payah sikit nak berjimat. Daging pun dah cecah puluhan ringgit sekilo. Mujurlah kami sekeluarga tak makan daging. Ayam pun sekarang dah cecah tujuh ringgit sekilo dan khabarnya akan naik lagi.
Saham pun masing-masing jatuh nilai. Hah, siapa nak beli saham, belilah sekarang. Manalah tau lepas krisis ni saham-saham tu semua melonjak naik, kan kaya. Hahaha, sila abaikan pesanan ini.
Perancangan nak buat almari untuk menggantikan almari yang dah tinggal satu pintu je yang melekat tu macam kena tangguh je. Alahai... nak cat balik dinding yang dipenuhi 'kerja-kerja seni dan mural yang sangat indah' tu pun entah tercapai entahkan tidak. Dalam keadaan sekarang ni, kalau difikir-fikir, keperluan asaslah yang menjadi keutamaan. Yang lain-lain tu tolaklah ke tepi dulu.
Pak-pak menteri sepatutnya lepaskan semua elaun-elaun yang sebulan mencecah berpuluh ribu tu. Barulah boleh merasa keperitan rakyat. Kalau takat potong 10% tu, alahai... sama macam cebisan cabai merah yang menyelit kat celah gigi. Tak de maknanya! Kasihanilah kami, rakyat marhain yang sedang sengsara ni. Bagi insan-insan yang hidupnya menulis, apalah nasib kita agaknya? Masih adakah yang sanggup menerbitkan karya-karya kita? Kalau sebelum ni royalti dibayar ansuran dua kali, tahun ini berapa kali pula agaknya ya? Hanya kepada-MU daku berserah!
Nota : Sila abaikan imej lobak merah yang berdaunkan daun bunga ros pada kek itu. Agaknya inilah kek lobak terakhir yang saya buat. Gawat!
13 comments:
iya lah Ainin oiii ... apa nak jadi sekarang ni???
Alahai benda tempat taik tupun dah nak dekat seringgit sekeping. Pulak tu si kecik tak leh pakai brand lain selain brands papers tu walla sedihnya!!!
Susu pulak tgk jek lah jejak gak Rm30 sekilo nanti... huawaaaa!!! tolonglah! pak menteri taik kucing betul ler....
Nasib baiklah kete dah habis bayar, kalau tak mau meraung agaknya tgk baki duit setiap bulan...waduhhh!
heheheheheh satu jek rasa beruntung sikit, umah dah siap baru harga nak naik melambung2 hmmm
Assalamualaikum,
Sabor je la Dik Nin oi! Makan tempe pun sodap. Tulis buku banyak-banyak, dapat royalti puluhan ribu RM... Nanti boleh tolong orang susah sekali.
Salam hormat wahai Adinda Sifu Ainin Gadis Pingitan Yang Amat Pemalu.
Kalau naik sewaktu pilihanraya .... confirm ...
salam AN,
semuanya naik skang nik dik.. hujan jer yang turun!
akak baru plan nak mengecat umah.. tapi kawan2 sembang rege dah naik. nampak gaya kena tunda rancangan tu. skang ni kena dulukan yg mana penting.
hero akak lak dalam proses nak disapeh lampin pakai buang pun dah tak pakai... dah jimat kat situ dah.
skang ni klu blh semuanya nak jimatkan. sabor jelah.
:)
Kak Syima,
pak menteri yang macam tu pun masih ramai yg taksub menyokong. kentut pun bau wangi je. haiih...
Waalaikumsalam Kang,
kita tak kisah, orang lain tu alamat le terkulat-kulat depan pinggan. hahaha.
Abg Long,
komfem Abg Long naik jadi PM. :P
Kak Ila,
Kita pun cadangnya gitu le, nk lawakan mana-mana yang kurang tu. Tapi tinggal angan le skang ni.
hmmm.. nampak gayanya saya kena rajin semula memasak ni... huhuhu...
Mari buat skrip novel drama pulak! hehehee ...duit, duit, duit (nyanyi ikut lagu M. Nasir)
gantik lampin pakai buang dengan lampin pakai cuci sidai pakai lagi.. voleee kannns
Sastri,
mari kita asapkan dapur beramai-ramai. hehehe.
SF,
nanti ajarkan aku yek.
en_me,
gitu le nampaknya. jimat sket.
salam kehidupan,
elok gak dibangkitkan semula, kan melayu mudah lupa....
erk
tu bentuk lobak merah ek? hahahaha errrr lawa.
kalau semua harga barang naik, ada tak lagi orang nak beli buku?
kat sini pun peratus kenaikan inflasi bakal melebihi kenaikan gaji.. huwaaaaaa. Tadi beli toiletries pun dah cecah £7. Kira gaji sejam kerja. Tu baru stok ubat gigi, mouth wash dan yg sewaktu dgn nya. alahai!
cermin,
betullah, memang mudah lupa. :P
Ryn,
kalau RM7, kat sini dpt ubat gigi je.
Post a Comment