Monday, January 05, 2009

UPDATE: Cerita-cerita Bergambar


Tarikh terbit : 26 Januari 09.


Cover Melah Melia3 yang akan terbit bulan ini, insya-Allah. Comel kan? Janganlah segan untuk mensahihkan kecomelannya. :P

.

.

Penghujung Disember, buat pertama kalinya dikurnia anak saudara. Alhamdulillah. Adam Syafwan namanya. Gelaran sebelum diberi nama, Mat Setu Minggu. Gasaklah.











Setengah hari cuti tahun baru 2009 dihabiskan di zoo. Budak-budaklah yang paling seronok. Punyalah lama tak ke zoo. Zoo penuh sesak.




Ada budak yang tak nak balik! Haru betul....




Sekolah bermula. Dua budak ni dah masuk sekolah tadika.






Tak ada kena-mengena. Cuma nak suruh anda mengintai dalam laci di studio kerja saya. Haha. Terima kasih kepada encik yang sudi menaja penyedap mulut iteewww.







9 comments:

Anonymous said...

salam AN :)

tak nak kata comel buleh tak? tapi nak kata cute. melah masih ngompol lagi ke? tak sabar nak tahu perkembangan melah. nanti dah kuar kat pasaran jgn lupa heboh2kan ya.

Mersik said...

Salamz Ainin ,

Wahhh.. tahniah daun keladi gitu.. Dah keluar covernya. Tak lama lagi ado la tu dipasaran, yihaa.. Semoga buku ini akan mendapat sambutan yang paling hangat..

Unknown said...

Kak Ila,
InsyaAllah, pasti gegar kat sini nanti, heboh dan kecok sekali. haha

mersik,
terima kasih, doakan ler yek.

Anonymous said...

Hi Kak Ainin..
Wah,,tak sabar rasanya nak
dapatkan di pasaran..Agaknya bila ye kluar??Kak Ainin taknak buat ke pembelian secara online??

.:Maira:.

Unknown said...

Maira,
Bukan tak nak, tapi masih belum ada kudrat la dik. Macam burung yang patah sayap. erk, adik faham ke ni? hahaha.

Anonymous said...

anak kau mesti kecoh kan pergi sekolah? hehehe, aku teringat pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah sewaktu memasukki darjah 1 dulu di JB. hehehe

Sastri said...

aksi dua budak nak masuk tadika tu menggelikan hati saya... yang lelaki tu nampak nakal... :D

DeeN said...

Wah pi zoo. best sungguh. Dah lama giler tak pi sana. Huhuk.

Unknown said...

SF,
tak de la kecoh sgt. cuma suka menung dlm bilik air je. mak dia le yg kecoh. :P Ko dulu mesti nangis n minta mak tunggu. hihi

Sastri,
Memang nakal pun. huhu.

Deen,
Kami pun bertahun tak ke sana. Ada la enam tahun kot.