Thursday, March 12, 2009

Cuti Lagi! Yey!

Esok hari terakhir persekolahan sebelum cuti seminggu. Amboi, seronoknya!

Eh, budak-budak sekolah yang seronok. Mak bapaknya, hahaha agak-agak sendirilah ya.

Hari ini keputusan SPM diumumkan. Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang dapat keputusan kurang memberangsangkan, dunia belum kiamat lagi. Gagal periksa bukan bererti gagal dalam hidup. Hidup masih panjang. Bumi Tuhan ini luas untuk kita.

Selamat bercuti dan senyum-senyum selalu.

TATA.

6 comments:

ieNNah haNNie said...

pengomen pertama! yay!...
hehehe...

mmg seronok pon cuti
harini dh cuti dah
kat Trengganu cuti awal..
hari Jumaat dh cuti...
hehehe..

abg sy pon ade gak amik result SPM...

alhamdulillah,
resultnyer, OK...

Ainin Naufal said...

Sronoknya kalau akak pun boleh cuti sama. Nak balik jadi budak sekolah je rasanya. :P

eyrah said...

hmm.....cuti kali ni x keluar mane mane pon.....bosan giller....kerja rumah je tinggi macam gunung.....kak ainin mesti best kn keluar gi cuti mane2.....kali ni sy cuti kt rumah je la.....bye...

Hani said...

Salam,

Saya pun sama macam Eyrah. Kerja sekolah saya tak banyak, sikit je, sebab ada periksa lepas cuti ni... Jadi, saya tak boleh goyang kaki di rumah. Banyak sangat benda kena hafal...

Kak Ainin, saya dari kecil lagi menyimpan cita-cita menjadi penulis. Saya mula menulis cerita sejak kecil lagi. Tapi apabila saya baca balik, rasa macam cerita tu merapu sangat. Jadi, saya padam cerita tu. Sekarang saya mulakan cerita baru. Tapi saya tak tahu pertengahan cerita tu lagi. Tak ada idea langsung...

Ainin Naufal said...

Eyrah,
Akak pun tak bercuti ke mana2. Akak balik kampung jer. Lagi best sebab banyak dapat jemputan kenduri. Aduh, makin gemuklah macam ni. huhu.

Hani,
Tak apa, terus tulis walaupun merapu. Nanti banyak idea baru yang akan datang. Lepas tu kasi kawan2 baca dan minta komen. Penulis memang macam tu tau. :)

Hani said...

Terima kasih atas nasihat itu, Kak Ainin. Insya-allah, saya akan menulis sekiranya saya mempunyai masa lapang. :)