Wednesday, March 18, 2009

Hebahan Penting! UPDATE.


Acara : Promosi novel Melah Melia 3.
Lokasi : MPH Book Store Mid Valley.
Tarikh : 21 Mac 2009.
Masa : 2.00 - 3.00 petang.

Ya memang penting. Tapi Ainin Naufal ni memang seorang yang boleh tahan teruknya (tolonglah jangan kata macam tu ya. Tolonglah!). Hal yang sepenting ini pun buat tak kisah saja. Diulangi sekali lagi, minggu ini saya ada acara promosi Melah Melia 3 di MPH Mid Valley. Haaa, kan penting tu.
*
Apa yang diberitahu, ia adalah acara promosi. Tapi bila tengok di wegpage MPH, disebutkan di situ Ainin Naufal akan mengadakan sesi ceramah buku. Ah, sudah! Siapa nak dengar agaknya ya kalau Ainin Naufal bercakap-cakap selama sejam tu? Ada yang sanggup menderita kekejangan otak mendengar ceramah Ainin Naufal itu nanti?
*
Fikir punya fikir, rasanya saya hanya akan bercakap-cakap dalam tempoh tak kurang dari 10 minit agaknya. Kalau terlebih 10 minit tu tak tahulah. Manalah tahu kalau saya terlebih petah dari kebiasaanya pulak.
*
Tapi waktu lebih tanpa bercakap-cakap tu nak buat apa ya? Adoi, terasa urat-saraf dalam kepala ni macam dah tak berfungsi pulak. Okey, walau apapun saya cuba aturkan sedikit aktiviti agar para tetamu yang datang nanti tak menderita kebosanan. Eh, tetamu? Tetamu tu ialah adik-adik yang datang ke acara tersebutlah. :P
*
Oleh itu diharap adik-adik ajaklah keluarga, kawan-kawan, sudara-mara, jiran tetangga dan orang-orang kampung supaya datang memeriahkan acara itu nanti ya. Jangan biarkan Ainin Naufal duduk tersipu-sipu dan tersengih-sengih seorang diri pada acara tersebut. Ainin Naufal memang tidak mampu mengimaginasikan keadaan yang sedemikian rupa seandainya ia terjadi.
*
Oh ya, mungkin kalau ada aktiviti lain dalam acara itu, kemungkinan besar adik-adik yang menyertai aktivit tersebut akan mendapat cenderamata comel yang tidak akan menyesal untuk dimiliki (memang tak menyesal sebab free kan? hihi). Jadi jangan lupa menghadirkan diri di lokasi tersebut.

Bunga dan novel kat belakang tu tak termasuk tau. hihi.




TATA.

10 comments:

Hani said...

Salam,

Ala... Mid Valley? Kalau saya pergi KL cuti ni, tak apa lah jugak. Boleh saya pergi. Tak apa lah. Lain kali pula. :)

Anonymous said...

Apa agaknya yang aktiviti aktiviti yang Cik Ainin akan buat pada hari tu selain dari book signing?. Mungkin boleh buat sesi soal jawab??

eyrah said...

wah best nya.....nk ikut nk ikut....tapi sayangnya sy x blh pergi...sedih bet0l...apelah agaknya cenderamata comel tu....

Ainin Naufal said...

Hani,
Mungkin lain kali ada rezeki. Tak apa, jangan nangis ya. :P

Anon,
Sesi soal jawab pun ok. Siapalah agaknya yang sudi nak tanya tu ek? Aktiviti lain masih dirahsiakan. :)

Eyrah,
Tak apa, kali ini mungkin belum ada jodoh antara kita. :(

eyrah said...

wah cantiknya cenderamata comel tu....teringin sangat nk memiliknya....

Hani said...
This comment has been removed by the author.
sf said...

petangnya AN ... emmm, tgklah macam mana ... tak janji

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

semoga sukses. goreng garing2 k

Ainin Naufal said...

Eyrah,
Tak apa, banyak peluang lain nanti.

SF,
Tak pe, aku faham.

Kak Za,
Yup, harap-harap tak hanguslah ya.

zac said...

adoiii... terlambat dapat berita neh. dah terlepas tarikh penting tue. Kalo tak bley gak jenguk2.. kenyit2 mata.. hehhehe..