Monday, March 23, 2009

Sebelum dan Selepas Acara Itu


Sebelum.


Tiga hari sebelum acara di MPH itu, batuk-batuk yang sejak sebulan lalu sangat degil untuk meninggalkan saya, akhirnya kembali mengganas. Aduhai, apalah nak dikatakan lagi, ia terlalu sayang nak tinggalkan saya agaknya. Dalam hati membayangkan, macam mana nak bercakap-cakap ni? Alamak.... Bukan itu saja, dada ni pun dah rasa berat semacam. Maka mulalah saya menyelongkar tempat menyimpan ubat. Ada 2 botol ubat batuk yang belum dibuka. Tapi malang seribu kali malang, pada hari acara berlangsung batuk tak baik, semput pun mendatang. Apo nak dikato....


Dengan batuk yang teruk diiringi dengan semput yang baru nak menjadi, saya pun bercakap-cakaplah pada acara itu. Wah, sekejap-sekejap saya buat iklan iaitu dengan menghasilkan batuk-batuk besar yang rasanya cukup mengerikan telinga para pengunjung di depan saya. Mujurlah tak batuk depan mic. huhu.


Saya syak malam ini atau esok hari saya pasti akan terkejar-kejar ke hospital.

*

*

*


Selepas.


Selesai acara, saya bergegas balik kampung pulak. Saya masih tahan lagi, walaupun dah ada suara-suara yang desak supaya cepat pergi hospital malam tu juga. Tapi saya rasa masih ok.


Dan, malam itu saya tak boleh tidur sebab batuk bertambah kuat dan nafas pun macam tak cukup-cukup saja nak disedut. Air habis dekat 2 liter tengah malam tu saja. Badan pun kejap sejuk, kejap panas berpeluh-peluh. Tak tahu sama ada demam atau tak.


Esok paginya mahu tak mahu saya ke hospital juga sebab petang tu nak balik semula ke KL. Takut semput sangat dalam perjalanan. Tak ke haru nanti. Sampai di hospital, sebut je semput terus saya disuruh masuk. Doktor periksa sikit lepas tu terus kasi aksesori tambahan berupa topeng gas untuk menyalurkan oksigen ke peparu saya. huhu.


Habis saja oksigen, macam biasa badan pun mula terketar-ketar dan degup jantung pun makin kuat. Kali ini teruk sangat rasanya, rasa nak terduduk atas lantai. Perut pulak lapar sangat sebab tak selera nak makan.


Keluar dari hospital, terus ajak kekasih pekena pecal. Lepas tu kami ke pasar pula. Masa di pasar, saya tak lalu nak berdiri. Terus tercangkung di depan pangkin nyonya jual ikan kering, udang kering, sotong kering dan segala macam yang kering-kering belaka tu. Terpaksalah dalam keadaan mencangkung tu saya ajarkan kekasih saya macam mana nak beli benda-benda kering di situ. Fuh!


Hajat nak beli ikan segar pun tak tercapai sebab nak bawa badan sendiri pun dah tak lalu. Terus kami balik. Sampai saja di rumah terus baring tergolek dog. Tiba-riba rasa loya pulak. Maka dengan sedihnya, terpaksalah pecal yang disantap tadi menzahirkan diri semula di dalam bilik air. Dan perut pun kembali kosong. Dan daku pun rebahlah sampai ke tengah hari. Dan daku pun betul-betul demam.


Dan daku pun.... errr, tak mampu nak sambung lagi dah entri ni. Esoklah sambung pula fasal adegan-adegan menarik yang seronok kita lihat pada acara di MPH Mid Valley itu.


TATA

4 comments:

sf said...

Kau bawa-bawa berehatlah, entah2 ada orang tak? hehehe

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

esok? esok tu bila? dah lusa dah ni. Apa2 pun releks. tak usah terkejar2. tarik nafas panjang2...

Ainin Naufal said...

SF,
pandai-pandailah kau ni.

Kak Za,
Hah, tengok di atas. Berderet dh gambar. Dalam terketar2 sempat posting entri. :P

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Biar semput pada nafas, jangan semput pada perjuangan (nasihat untuk diri sendiri tu :D) Tahniah dan terus punya semangat menulis!