Wednesday, March 04, 2009

Donat dan Kesempurnaan

Apa kaitan antara kedua-duanya? Okey, tak lama lagi mesti tahu kaitannya.
*
Al-kisah, hari ini tiba-tiba teringin makan donat. Dengan sejujurnya saya mengakui bahawa sesungguhnya saya bukanlah seorang ahli membuat donat. Selama hidup, tak pernah berjaya menghasilkan donat dengan cemerlang. Biasanya kejadian donat hasil kerja tangan saya akan jadi liat dan tidak menyeronokkan lidah yang merasainya. Disebabkan keinginan memakan donat sangat menggebu-gebu dalam jiwa, dan dalam masa yang sama mahu berjimat ekoran kegawatan sekarang ini, maka saya nekad mahu bereksperimen di dapur dengan tujuan menghasilkan donat.
*
Dengan berpandukan beberapa resepi donat dari internet, saya pun memulakan eksperimen yang sudah tentu mendebarkan ini. Kalau tak menjadi, harus tong sampah itu kenyang dengan tepung donat kan? Membazir sangat tu dalam keadaan yang gawat ni. Tapi dengan yakin saya mengadun donat ikut agak-agak sendiri. Resepi pun bantai mengikut sesuka hati dan sesedap rasa saja.
*
Dan....

Adunan donat pun mengembang dengan elok dan tembam sekali. Okey, satu proses dah menampakkan hasil yang mengujakan. Tapi kembang-kembang pun belum tentu berhasil menjadi donat yang gebusss dan menyeronokkan lidah yang merasanya apabila digoreng nanti. Setelah selesai saya bentukkan donat-donat tersebut, maka dengan penuh debaran saya menggorengnya, dengan diiringi doa supaya donat itu selamat dan menjadi gebu semuanya demi mengelakkan fenomena kebanjiran donat di tong sampah saya.
*
Hasilnya, taraaa...
Boleh tahan gebusss tau. hihi. Walaupun rupa kejadiannya tidak begitu mengghairahkan mata yang memandang, tapi kegebuannya masih berada di tahap yang membanggakan bagi insan yang selalu gagal membuat donat macam saya ini. Wah, macam naik lif tekan butang sendiri jer kan? Tak ada siapa nak puji, maka pujilah diri sendiri. Lapan biji digoreng sampai keperangan dan bakinya digoreng separuh masak untuk diijadikan donat segera yang boleh digoreng bila-bila masa yang diperlukan. :)
Bercerita tentang kesempurnaan, saya perhatikan donat-donat hasil ujikaji saya tidak sama besar, bentuknya pun tidak menarik untuk ditatap. Ada yang senget, ada yang terherot-herot, ada yang tidak sekata keperanganya, tahap masaknya pun tentu berbeza-beza. Pendek kata donat-donat itu tidak sempurna rupa kejadiannya.
*
Melihat donat-donat itu, saya memikirkan persamaannya dengan manusia. Manusia pun tak sempurna macam donat-donat saya tu. Kalau diperhatikan memang tak mengiurkan untuk dinikmati. Tapi adakah dengan melihatnya kita boleh tahu tahap kegebuan dan kesedapannya? Sudah tentu kita perlu merasai teksturnya dengan sentuhan tangan. Merasai kemanisan dan lemaknya dengan lidah.
*
Begitu juga dalam penulisan. Perlukah kita melukiskan sesuatu watak dengan cukup sempurna tanpa cacat cela? Dialah yang kacak, yang kaya, yang baik, yang tampan, yang segala-galanya. Saya berasa saya membohongi pembaca kalau saya melukiskan watak-watak yang terlalu sempurna. Watak-watak itu tidak 'manusia'!
*
Hmmm, dah nampak kaitannya? hihi.
Sekian, terima kasih.

7 comments:

Sastri said...

setuju kak... rupa yang cantik tak semestinya berhati baik dan sebaliknya... donut tu, nampak sedapnyerrr... boleh tak antar sikit kat sas? yum yum...

Anonymous said...

hai kak.....mane ade org x puji kak ainin.....sy kn ade....hehehehe......banyak nya fakta kak ainin peroleh sebalik donat 2 dng hanya melihat nya.........bagus kak ainin.......

Mersik said...

Fuhh.. donat dan falsafah.
Dasattt..

Unknown said...

Sas,
Haha, segan nak hantar. meh la datang sini.

Eyrah,
Jadi penulis kena peka, kalau tak,susah nak dapat ilham. Pujilah, puji lagiiiiii. hihi.

Mersik,
Apa-apalah... awak pun apa kurangnya. menjiwang jer sejak dua menjak ni.

Mamamanja said...

sedap nampak donut tuh
gebusssssssss

Unknown said...

Mama,
Alhamdulillah menjadi. Fuh, mencabar gak buat donat ni ya.

Vee said...

Nak donat...