Sejak Bila Kami Sepakat
*
Ini sekuel kedua untuk siri 'Sejak Bila Kami...'. Bagi yang dah baca siri pertama, jangan malu dan segan untuk dapatkan siri yang kedua pula ya. Novel ini akan akan terbit bulan Februari ini, dan sah-sah akan berada di Pesta Buku pada bulan berikutnya ini. Sampulnya sangat comel kan?
*
Novel ini tidaklah sempurna. Maklumlah, Ainin Naufal pun bukannya penulis yang sempurna. Dan bukanlah penulis tersohor dan diminati ramai. Tapi berilah peluang ia berada dalam koleksi kamu ya. :peace:
*
Ermm, nampaknya saya gagal melunaskan janji pada diri sendiri untuk sentiasa meng-up-date blog ni. Nak mekap pun teramatlah liatnya. Kalau tak kerana nak menguar-uarkan penerbitan novel baru, tentulah sikit pun blog ni tak terjengah. Sungguh kesian... err, pada diriku sendiri!
*
TATA!
1 comment:
saya suka dengan buku -buku yang diterbitkan oleh ainin naufal yang bertajuk sejak bila kami berkawan.
Post a Comment