Friday, September 22, 2006

2 keluarga 2 budaya

Keluarga kami kalau bercakap kuat-kuat belaka. Macam orang marah, macam orang bergaduh, walaupun sebenarnya kami cuma borak-borak biasa atau bergurau-gurau mesra. Lepas cakap kuat-kuat, kami gelak-gelak sesama sendiri.

Keluarga kami sering meluahkan perasaan. Tak puas hati, sedih, terkilan, gembira, marah dan macam-macam perasaan lagi, habis semuanya kami luahkan. Kami cakap apa yang benar, kami cakap apa yang kami rasa. Tak pernah berselindung. Hasilnya, kami lega, kami puas hati. Lepas tu kami gelak-gelak lagi. Lepas tu kami cakap kuat-kuat lagi.

Agaknya kalau ada orang asing dalam keluarga, dia kena beli ear plug atau sumbat telinga dengan ibu jari, sebab takut gegendang telinga rosak. Mungkin juga orang asing itu akan sangka kami semua pekak sebab bercakap kuat-kuat walaupun orang yang dilawan cakap tu jaraknya cuma seinci dari bahu.

Kawan saya, keluarganya kalau bercakap, penuh sopan santun, lemah lembut, lemah gemalai. Selalu sorok-sorok perasaan, pendam-pendam rasa hati. Marah, terkilan, kecewa, sedih, semua tersimpan kemas dalam hati. Pendek kata paling pandai menjaga hati.

Macam mana kalau dua budaya keluarga ini bertembung? Boleh ataupun tidak saya dan kawan saya itu berkawan dan duduk dekat-dekat?

10 comments:

akirasuri said...

ya ya lain orang lainlah caranyakan..tapinya cara keluarga awak sangat unik..mesti akrabkan..saya ada seorang teman keluarganya macam keluarga awak juga...rasa menarik aja bila mereka berborak...he he he...

apapun, selamat berpuasa!!

umaq_eiman said...

saya rasa boleh bertembung...
sebab keluarga ibu macam keluarga satu keluarga ayah macam keluarga 2.. kami bahagia... ngeh3x

Ainin Naufal said...

akisuri,
terpulang pada pandangan individu.

umaq,
alhamdulillah. harap-harap saya pun begitu. maknanye awak tak hairanlah dengan dua-dua cara ni... :D

Nur Raina Afsana said...

Assalamualaikum Ainin Naufal... samalah dengan keluarga akak. Kalau kami semua balik berkumpul, jiran sebelah rumah (terlalu private dan pendiam) terpaksa bercuti mengejut... he he he.. sungguh. Mulanya kami tak perasan tapi suatu hujung minggu, nampak dia orang santai di hadapan rumah. Bila bertambah ramai adik-adik akan balik, tengok dia orang mula bersiap dan bercuti entah ke mana... Sabar sahajalah...

yus said...

mcm cerita keluarga yus dan keluarga suami pulak. Keluarga yus kalau bercakap volume mmg tak leh kontrol, tapi belah suami, sopan jer bercakap, walaupun tak semua adik beradik dia mcm tu, tp majoritilah.

Kalau ada persefahaman dan tolak ansur, InsyaAllah bahagia....

Ainin Naufal said...

Kak NurRaina,
hahaha... dah budaya keluarga kita. Memang payah nak buang. Apa nak buat... cara tu yang mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

Yus,
Sebenarnya saya pun begitu. Keluarga saya dan keluarga suami memang kontra. Tapi alhamdulillah, kami berdua sangat bersefahaman.

umaq_eiman said...

ngeh3x kalau keluarga umaq lepas generasi mak pak kami sepupu sepipit dua dua riuh ,..
belah mak mmg tak yah cakap aa...
belah ayah hermm pening pala pak pak menakan... dapat anak anak riuh...
selamat menjalani ibadah puasa...

Ainin Naufal said...

umaq, bisinglah baru meriah hidup.

ayu_mkay said...

kak ipar yg sorg tuh mmg ckp sebatu dh dengar.. heheheh.. memula join family kitaorg... msg2 tekezut.. tapi skang ok dah.. sama2 layan...

bak kata yus.. Kalau ada persefahaman dan tolak ansur, InsyaAllah bahagia....

Ainin Naufal said...

Kak Ayu, ya betul tu. Saya setuju sangat.