Friday, September 22, 2006

Iklan Buku


Mengisahkan pelajar tingkatan dua yang bernama Melah Melia. Bantal busuk menemani tidurnya setiap malam. Tuala busuk menemaninya ke mana sahaja. Melah Melia didesak tinggal di asrama oleh keluarganya tetapi dia enggan. Rupa-rupanya dia ada rahsia yang sangat besar. Kalau kawan-kawan tahu, tentu dia malu besar. Dia kencing malam!
Bagaimana Melah Melia menghadapi situasi di asrama? Bolehkah dia menutup rahsia besarnya itu? Semuanya ada di dalam buku ini.

8 comments:

Nur Raina Afsana said...

Wahhh... penulis hebat rupanya. Ini buku Ainin yang ke berapa? Nanti akak balik ke Malaysia pada hari raya ni akak singgah di kedai buku di KL sebelum pulang ke kampung. Bolehlah borong buku Ainin.

Ainin Naufal said...

Kak Raina,
Baru lagi menulis. Baru ada beberapa buah buku. Boronglah jangan tak borong. Akak di Australia kan?

Nur Raina Afsana said...

Assalamualaikum wbh. Ha ah, Ainin. Bila datang ke Perth nanti, jemputlah ke rumah akak. Mmm.. ini email address akak. Ada alamat dan nombor telefon lagi.

NurRainaAfsana@hotmail.com

Akak balik hari raya ni, insyaAllah. Nanti akak carilah buku Ainin.

Ainin Naufal said...

Waalaikum salam, Kak Raina.
Bilalah agaknya saya nak jejak ke sana? Hmm... tunggu ada rezeki.

Terima kasih.

umaq_eiman said...

baru beberapa buah buku?
uish dah banyak laa ..

umaq_eiman said...

aiii berdua je??
nak join bole?
hehehe

5er_dragon said...

Hai kak Ainin!saya sedang membaca buku melah melia...buku kak Ainin memang best!nama saya ialah dalila saya berumur 9 thn.kalau nak tau lagi, hantarlah email kat elanadzri@yahoo.com.my atau layari blog saya http://5erdragon.blogspot.com

5er_dragon said...

kak Ainin, sambunglah cerita melah melia tu...best sangat ceritanya.mimta2 kak Ainin ade lagi idea untuk buku melah melia...