Tuesday, April 17, 2007

Kesimpulan?

Sekarang saya adalah penulis novel remaja. Betul ke dah jadi penulis ni? :P
Dalam masa yang sama saya juga ingin menulis novel-novel pop dan ringan (yang dikatakan novel bakul sampah?). Dalam perancangan, saya juga ingin menulis novel dengan gaya sastera. Kalau tak sastera sangat pun, sekurang-kuranga ada bau-bau sikit pun jadilah.
Saya terfikir-fikir di mana cabang saya sebenarnya. Penulis novel remaja? Sastera? Pop? Di mana saya akan dikelaskan?
Sebenarnya saya ingin mencuba semua genre. Bagi saya ia akan menguji kebolehan dan kemampuan diri. Mengukur tahap kreativiti dan keupayaan. Saya bukan tamak tetapi saya suka mencuba dan belajar. Itu saja.
Seorang sahabat berkata, jadi penulis prolifik dan versetile. Saya bersetuju dengannya. Memang mudah kalau semua orang berfikir seperti dia. Dan hakikatnya saya juga ingin begitu.
Ada seorang sahabat lain berkata, jangan pedulikan kata-kata orang. Saya juga bersetuju dengannya. Kalau boleh saya memang tak mahu dan malas ingin memikirkan kata-kata orang.
Kesimpulannya?
Entah, kerana belum ada kesimpulan. Tapi jawapannya perlu diputuskan dengan cepat dan tepat.
Atau perlu buat istikharah dulu? Emm...

9 comments:

MYA MARJA said...

Teruskan perjuanganmu Dik Nin!

Unknown said...

Adindaku... Istiqarah bukan hanya perlu dilakukan ketika hendak mencari jodoh. Jalankannya, maka keberkatan pasti akan diperolehi. Tidak jalankannya, ikutlah kata hati yang sentiasa membimbing ke arah kebaikan. Pokok pangkalnya, keputusan ada di tanganmu.

Versatility bukan satu pilihan. Ia adalah anugerah Illahi dan sesiapa yang memiliki kemampuan ini, patut menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Tetapi, versatility juga boleh diasah. Jika tidak mencuba, mana kita akan tahu kebolehan kita. Maka, jangan ditanya ke mana arah tujuan sebelum mengambil langkah pertama.

Jika tidak memiliki kemampuan ini, bukankah keistimewaanmu menulis novel bergenre remaja amat halus dan dikagumi? Kenapa perlu risau dan bimbang? Enam buah novel bukankah sudah boleh dipanggil novelis prolifik?

Justeru itu, wahai adinda... bola sudah ada di tangan. Balinglah ke arah mana kau suka. Selepas itu, pilihlah yang mana satu bersesuaian di jiwa. Selamat maju jaya.

Mersik said...

Tapi kan Aininaufal, kalau tulis buku berbagai genre pun apa salahnya..

Lagi banyak lagi bagus, selain membanyakkan pendapatan, kurang2 nya kalau masa membaca tuh time budak2 , bila dah dewas skit dia cari buku dewasa.. Kira mcm membesar bersama tulisan Aininaufallah.. seme ada..

Tak payah nak susah2 hati..selagi ada peluang dan keinginan yg melintas didepan mata, rembat aje. yang penting kita yakin..

Sastri said...

tiada salahnya mencuba untuk mencari juga menduga kebolehan diri... tiada rugi pun jika mencuba tapi jika tidak mencuba langsung, ya, itu satu kerugian besar... berusahalah, sertai dengan doa dan tawakal, insyaAllah akan berjaya... :D

umaq_eiman said...

mesti berada dalam kelompok kah?
akak kan menulis bukan kerana nama?
penulis yang saya suka penulis yang menulis dari hati dengan bantuan minda...

teruskan gaya akak yang low profile...

Anonymous said...

Kang Mya,
Terima kasih banyak atas sokongan ini. :D

Kak Raina,
Apa yang akak katakan tu memang betul. Terima kasih banyak-banyak. Pandangan-pandangan yang membuka jalan keluar dr kemelut. Hmmm...

Saya akan membaling bola di tangan ke arah yang saya suka. Harap masuk gol. Uhuk...

Pokcik,
Betul kata pokcik tu. Saya akan rembat peluang yang datang. TQ.

Sastri,
Terima kasih. Memang rugi kalau tak mencuba. Doakan semoga dimudahkan segala usaha akak.

Umaq,
Memang betul bukan kerana nama, cuma kerana ingin berkarya. Betullah, menulis dari hari dan dengan bantuan minda lebih puas.

**Terima kasih**
Kepada semua sahabat kerana membuka fikir untuk daku meneruskan langkah. Sokongan kalian amat bermakna dan akan kujadikan azimat dalam perjalananku. Daku terharu.... uhuk... uhuk..

~Ainin Naudal~

Unknown said...

Errr... genre baru... nama samaran pun baru ke? Ainin Naudal... huhu... cam nama pemain tennis dari Latin Amerika tu je... si Nadal tu..ahakz...all the best.

MYA MARJA said...

Kalau hendak membaling bola, pastikan kedudukanmu tidak berhadapan dinding; nanti melantun bola itu ke mukamu..fikir-fikirkanlah Dik Nin!

Anonymous said...

Kak Raina,
Tersilap tapi. He he he... maklumlah dh tua. :P

Kang Mya,
Terima kasih atas nasihat yang jelas lagi dalam itu. Terharunya...

~Ainin Naufal~