Saturday, May 02, 2009

Doktor Curi Tulang?

Kecoh fasal doktor kantoi masa curi tulang! Bila saya baca berita tu, hati saya tak membenarkan kenyataan/tuduhan tu. Tipu, kata hati saya. Tapi bila pusing-pusing ke sekeliling laman maya ni, rupa-rupanya ada juga orang-orang yang percaya bulat-bulat dengan tuduhan melulu yang dibuat tu. Yang buat tuduhan tu pulak golongan kaf lam ya nga yang memang terkenal suka buat kecoh. Eeee.
*
Saya memang dah lama tak pergi HKL. Ada dalam 4 tahun tak jejak ke sana. Tapi sejak beberapa bulan lalu, sejak mengalami semput dan kesakitan tulang, saya gagahkan juga diri ke HKL. Saya bukanlah mampu selalu sangat ke klinik swasta lebih-lebih lagi di zaman gawat ni. Duit yang ada lebih baik simpan. Sebelum ni sesekali keluarga sakit, hantar jugalah ke klinik swasta, sebab kononnya malas nak tunggu lama-lama, dengan cik misi yang muka macam asam kecut tu. Tapi disebabkan kesakitan saya ni dijangka akan mengeluarkan kos rawatan yang mahal di klinik swasta, maka terpaksalah saya ke hospital kerajaan dengan menyediakan diri untuk beratur panjang dalam kesesakan pesakit lain di situ.
*
Bila sampai di jabatan kecemasan (tempat dua doktor dituduh curi tulang), saya katakan semput. Terus mereka suruh saya masuk ke bilik doktor. Saya hanya tunggu dalam kurang 5 minit saja sebelum dipanggil masuk sebaik pesakit yang terdahulu selesai diperiksa. Baik saja doktor tu melayan dan memeriksa saya. Lepas tu, terus diarah untuk ambil gas di zon asma. Setengah jam lepas tu saya diperiksa semula dan doktor beri slip ubat. Saya ke farmasi dan tak sampai 10 minit saya dah dapat ubat saya. Saya selesai terima rawatan dan ambil ubat tak sampai pun sejam. Kalau nak bandingkan dengan klinik swasta, rasanya di HKL lebih pantas dan efisien. Pengalaman di klinik swasta selama ni pun, rasanya lama juga saya menunggu. Pernah sampai cecah sejam bila pesakit terlalu ramai.
*
Untuk kesekian kalinya saya ke HKL lagi kerana sakit tulang. Kali ini saya tahu, kos rawatan memang mahal. Kalau sebelumnya saya ke jabatan kecemasan, kali ni saya ke jabatan pesakit luar pula. Orang memang ramai. Kenyataan yang tak dapat disangkal lagi di mana-mana hospital kerajaan pun, tapi saya tetap selesa. Saya mendaftar, kemudian tunggu sekejap dalam 10 minit untuk dapatkan nombor bilik rawatan. Kemudian saya ke ruang menunggu, dan tak sampai setengah jam, saya dah pun keluar dari bilik doktor. Wau, memang pantas. Saya diarah jalani X-ray dan fisioterapi. Semuanya saya buat tanpa sebarang masalah. Ditambah dengan masa menunggu yang memang singkat dan layanan kakitangan yang mesra. Kalah swasta!
*
Duit pun berjaya saya selamatkan dari mengalir beratus-ratus ringgit. Bayangkan kalau di hospital/klinik swasta, untuk rawatan asma, X-ray, fisio dan ubatan, berapa ratus agaknya tu? Di HKL, saya cuma perlu bayar seringgit waktu pendaftaran, dan RM5 ketika buat fisio. X-ray, saya tak ingat. hihi. Pendek kata kosnya tak sampai RM20 pun, saya dapat buat rawatan dengan selesa dengan ubatan yang bermutu juga. Kalau saya beri GL suami saya, terus dapat percuma. hihi. Tapi saya eksen sikit, saya nak bayar juga.
*
Oleh sebab itulah saya kecewa bila ada yang buat tuduhan melulu kepada doktor-doktor terbabit. Apalah salahnya belek-belek surat khabar sekejap sebelum pesakit masuk, atau minum seteguk air buat menghilang dahaga. Maklumlah, pesakit pun ramai, bermacam ragam pulak tu, mestilah penat. Kan? Kan? Kan?
*
Oleh itu, datanglah beramai-ramai ke hospital kerajaan. Mereka jauh berubah. Tak macam waktu kali terakhir saya ke sana 4-5 tahun lalu!

6 comments:

alias derais said...

keeksenanmu itu dah lama aku ketahui. hmm, tak berubah2 lagi ye.

aku setujulah pasal komen ko yang positif tentang doktor tu. lagipun, aku sekarang ni pun dapat rezeki dengan gomen jugak kan.

Abang Long said...

Yang pasti, dari satu sudut ialah:

Timbalan Menteri telah bercakap BOHONG !

Tahun lepas, 18 kali pergi Hospital Kerajaan. 14 kali kena suntik dan ambil darah. Layanan memang bagus, terutamanya bila jururawat yang comel dan cun yang bertugas.

Unknown said...

Lias,
Haha, tau tak pe. Ala, depan mata aku sendiri nampak betapa sibuknya kerja dorg tu. Itu belum cerita yang on call lagi. Kalau on call, lagi la kerja stay kat spital tu 3 hari tau, tanpa tidur. Aku tabiklah dengan dorg. Agaknya sbb tak cukup rehat tu agaknya terjadi kes gunting, dawai, kapas, wayar, tertinggal dalam badan pesakit tu kot.


Abg Long,
Orang yang buat tuduhan tu tak mainlah pergi spital gomen ni. Kan?

CerminDiri said...

salam kehidupan,

tahun ni tahun ke 5 x pi hospital atau klinik. alhamdulillah masih sihat walafiat.

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Jaga kesihatan diri ya dik, dan selamat terus menulis. :D

Unknown said...

Cermin,
Tahniah kerana berjaya mengekalkan kesihatan. Saya dulu pun jarang sakit. Tapi sekarang usia pun dah makin kurang, sakit pun selalu datang. hihi.

Kang Mya,
Doa aku, kakang pun macam tu juga. Bersama-samalah kita ya...