Thursday, December 31, 2009
Selamat Untuk Semua!
Tuesday, December 15, 2009
Duka. Gembira. Yang Mana?
Novel kanak-kanak terbitan Buku Prima.
Siri terbaru Melah Melia.
Adik perempuanku; antara sedih dan gembira. Dan aku tahu, dia banyak menangis ketika persiapan majlis besar itu.
*
6 Disember
Genap 15 hari kematian ayahanda, adik perempuanku melangsungkan perkahwinan. Waktu ini teringat aku saat-saat ayahandaku menangis teresak-esak bercucuran air mata di WAD 2D ketika menjalani kemoterapi (ketika itu aku menemaninya). Dia kesal dan ralat kerana tak dapat menyempurnakan dan membiayai majlis itu. Dia minta selepas upacara nikah, diadakan majlis tahlil. Dan benar, selepas akad nikah adik malam itu, tahlil diadakan. Untuknya.
Sedih dan gembira bercampur-baur. Namun kedukaan lebih menyerlah walaupun senyum tetap menguntum.
Wednesday, October 28, 2009
Melah Melia kembali!
TATA
Friday, October 23, 2009
Karang Mengarang.
Saturday, October 03, 2009
Weh, dah berhabuk!
Tuesday, September 15, 2009
Berakhir.... Selamat Hari Raya!
Friday, August 21, 2009
Puasa dan Deadline
Tuesday, August 04, 2009
Sejak Bila Kita Berkawan?
Antara ilutrasi yang menghiasi dalaman novel baru saya ini.
Thursday, July 30, 2009
Mencari Aura
Monday, July 06, 2009
Gegambar
Wednesday, June 17, 2009
Rezeki yang Sungguh Istimewa
Sunday, June 07, 2009
Virus M
Thursday, May 28, 2009
Iljimae
Hah, benci betul, Dah tulis entri panjang lebar tentang cerita di draft, tiba-tiba masa publish hilang pulak. Eeeee penat aku!
Tak apa, tonton klip vidoe di atas. Pasti tau macam mana 'ke-best-san' K-drama ni. Tak pernah saya tonton drama yang boleh membuat kita ketawa dan menangis dalam satu masa. Watak-watak dan aksi-aksi yang kelakar tetapi mempunya plot-plot yang menyayat hati dan tragik.
Drama ni memecah rekod sebagai drama yang mencapai rating tertinggi dalam tahun lalu sehingga mencecah 31.4. Drama ni berdasarkan komik Iljimae tetapi plotnya terbeza sama sekali dengan drama ini kerana penerbitnya tidak mendapat hak penerbitan di skrin.
Pengakhiran cerita menimbulkan teka-teki sama ada Iljimae mati atau hidup. Tapi sebenarnya pengarah ada beri clue pada episod pertama dan episod akhir. Jadi penonton kenalah rajinkan diri cari clue tu.
Jadi kalau nak ketawa dengan aksi-aksi Lee Junki dan kemudian sama-sama menangis bersama-samanya, tengoklah drama ni. Tahun ni Junki masuk askar. Lagi 2-3 tahun baru dia balik menggegarkan K-drama. Comellah kau Junki!
Thursday, May 21, 2009
Hari Guru dan Oven Baru
Tuesday, May 12, 2009
Panas dan Rerumput Liar
Sesiapa yang nak beli untuk hadiahkan anak-anak ke atau adik, memang sesuai sangatlah buku ni. Bukan apa, dengan lambakan novel cinta kat pasaran sekarang ni kebanyakan orang fikir bahan bacaan untuk anak-anak remaja dah takde. Sebenarnya tidak. Banyak aje, cuma kena pandai pilih la... Tepuk dada, tanya selera masing-masing.
Saturday, May 02, 2009
Doktor Curi Tulang?
Thursday, April 30, 2009
Lagi Lagi Pesta Buku!
Sabtu - 25 April.
*
Wednesday, April 22, 2009
Pesta Buku Update
Wednesday, April 15, 2009
Hebahan
Tuesday, April 07, 2009
Ovenku sayang....
Donut Big Apple, beli di Jusco Wangsa Maju. Lupakan diet buat sehari dua ini. hihi.
Singgah kat gerai kuih talam Penang yang dah jadi fave ni. Lama dah tak pekena. Suji coklat ni best. Yup, diet yang gagal untuk hari itu.
Inilah hero Serunai Faqir, Sufi. Weh, baby macam tak sudi digambar. Mengelak-ngelak jer. Lepas tu dia nangis. Tapi akhirnya berjaya juga dapat sekeping yang okey sikit gambarnya. Yang lain-lain tu kabuuurrr sebab dia mengelak dari fokus kamera. hihi
*Balik dari sana, hujan lebat gila babas. Tapi alang-alang dah berada atas jalan, maka adalah lebih afdal diteruskan juga niat menghantar oven ke kedai saya membelinya dulu. Lamaaaaa tunggu mamat dan minah di sana cari resit pembelian saya. Almaklumlah, resit yang patutnya saya simpan tu entah dimakan lipas ke, entah dimakan tong sampah ke, tidaklah diketahui. Akhirnya sebab dah malas agaknya nak menggeledah fail, mereka pun memutuskan menerima oven saya tu untuk diservis dengan kad jaminan tu.
Wednesday, March 25, 2009
Paling! Paling! Paling!
Yang ini bukan'paling' lagi. Tapi yang ini masing-masing khusyuk menjawab kuiz yang disediakan. Bersungguh-sungguh nampak!
TATA
Monday, March 23, 2009
Sebelum dan Selepas Acara Itu
Wednesday, March 18, 2009
Hebahan Penting! UPDATE.
Ya memang penting. Tapi Ainin Naufal ni memang seorang yang boleh tahan teruknya (tolonglah jangan kata macam tu ya. Tolonglah!). Hal yang sepenting ini pun buat tak kisah saja. Diulangi sekali lagi, minggu ini saya ada acara promosi Melah Melia 3 di MPH Mid Valley. Haaa, kan penting tu.
Bunga dan novel kat belakang tu tak termasuk tau. hihi.